Anggota polis maut kemalangan selepas bertugas

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang anggota polis menemui ajalnya selepas skuter Yamaha Ego LC yang ditunggangi beliau terbabas dan merempuh penghadang jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian berlaku jam 4.40 petang tadi di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping berhampiran Kuala Kangsar.

Sarjan A Rahman Yeob, 59, adalah Timbalan Ketua Balai Polis Padang Rengas. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Kangsar selepas bertugas mengawal PKP.

Mangsa dilaporkan masih bernyawa ketika pasukan perubatan tiba tetapi meninggal dunia jam 5.25 petang di lokasi.

Careta mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

* Laporan asal di Harian Metro

** Gambar utama hanya hiasan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…