Anggota polis kena saman, salah guna parkir OKU

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Anggota polis trafik Kuala Lumpur disaman selepas meletakkan motosikal milik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di parkir orang kurang upaya (OKU) di Apartmen Flora Damansara.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya mengesan gambar tular di media sosial memaparkan kejadian itu pada Rabu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi 29 Mei lalu.

"Satu laporan polis dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan jalan 1987.

"Tindakan saman dikeluarkan kepada anggota trafik terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan polis telah dibuat pada pukul 8.36 pagi Khamis. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku…
Berita Domestik
Pada Sabtu lalu kira-kira 12 tengah hari, seorang lelaki berusia 40-an datang ke bengkel mangsa…
Informasi
Seramai 151 pegawai dan anggota polis serta JPJ akan bertugas bagi mengawal aliran trafik dengan…