Anggota polis kemalangan semasa kejar kereta VW Golf GTi yang lari pemeriksaan

oleh SALINA JALIL|
Seorang anggota polis cedera sementara seorang lagi selamat selepas terbabit kemalangan ketika mengejar sebuah kenderaan yang lari daripada pemeriksaan polis, malam tadi.


Dua anggota terbabit Lans Koperal Muhamad Sha'ad Muhamad Sha'id, 28, cedera di tangan kiri serta Lans Koperal Muhammad Ramadhan Ghazali, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mereka masing-masing bertugas di Cawangan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku jam 10.20 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Haji Ahmad Shah - Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini.

 

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta peronda polis jenis Honda Civic dan Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun.

 

"Kemalangan berlaku semasa kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Volkswagen Golf GTi dipandu seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis dengan memasang lampu beacon dan siren.

 

"Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta peronda terlanggar kereta dipandu wanita itu yang keluar dari kiri jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Zulkefly berkata, kemalangan mengakibatkan pemandu kereta peronda cedera di tangan kiri manakala pemandu Perodua Myvi turut cedera di bahagian perut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Domestik
Tiga anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK…