Anggota polis disaman polis di ibu pejabat polis

oleh Mohamad Hanif|
Anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pagi ini menerima 'kejutan' daripada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah yang membuat pemeriksaan di pintu masuk IPK itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laman Facebook Polis Kedah, antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.

Beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Kedah, Hasanuddin Hassan berkata, operasi itu sebagai memberi peringatan kepada anak buahnya bahawa mereka juga mesti mematuhi undang-undang.

"Dari semasa ke semasa kita periksa. Bukan nak cari kesalahan, tapi untuk menentukan pegawai juga perlu mengikut undang-undang seperti mana orang lain juga.

"Kalau motor tu, undang-undang kata kena ada cermin sisi, jadi mesti ada cermin sisi. Dia (anggota polis) terikat dengan undang-undang.

"Kita penguat kuasa, kita hendaklah satu langkah di hadapan orang awam, maksudnya kita kena patuh pada undang-undang," katanya.

Hasanuddin, yang pernah menjadi ketua polis Kelantan sebelum berpindah ke Kedah tahun lalu, mengatakan bahawa dia telah melakukan operasi serupa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

 

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Domestik
"Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta…