Anggota polis cedera, putus jari kaki dirempuh penunggang motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Seorang anggota polis putus dua jari kaki selepas dilanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Persekutuan di sini pada petang Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, anggota terbabit menjalankan tugas 'snapcheck' bersama Team Ronda Cegah Jenayah Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di lorong motosikal lebuh raya berkenaan.

"Seorang penunggang motosikal berumur 49 tahun bertindak melarikan diri dan melanggar anggota polis berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan terhadapnya.

"Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian jari kaki kiri mengakibatkan dua jarinya itu putus. Anggota polis itu kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta di Shah Alam," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun diberkas anggota lain di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan pada suspek menemukan dadah jenis heroin bersama sebotol cecair dipercayai ketum.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah. Semakan rekod lampau juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya1952, Seksyen 30(3)Akta Racun 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai, di mana salah seorang daripada…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata dalam kejadian…
Berita Domestik
  "Saya membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepat proses tender aset berkenaan dan didapati…