Anda nak menang Ford Mustang Shelby GT500 dengan cat Venom? Ini caranya!

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Ford mengumumkan mereka bakal menderma sebuah jentera khas Ford Mustang Shelby GT500 yang dilayangkan dengan warna khas Venom bagi organisasi tidak berasaskan keuntungan JDRF.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

JDRF atau lebih dikenali dengan nama Juvenile Diabetes Research Foundation merupakan organisasi yang menjalankan kajian serta program kesedaran berkenaan penyakit Diabetes Tahap 1.

Kerjasama amal antara Ford dan JDRF bukanlah satu perkara baharu, oleh kerana kedua-duanya saling mempunyai sejarah tersendiri selama lebih satu dekad. 

Dengan bantuan daripada Protean (bukan Proton) dan juga Penske Vehicle Service, Ford Mustang Shelby GT500 ini didatangkan dengan warna clearcoat metalik Venom yang diselangi dengan jaluran hitam perlumbaan. 

Didatangkan juga dengan Carbon Fiber Track Package yang merangkumi rim gentian karbon, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2, tempat duduk kulit Recaro, sayap belakang Mustang GT4 dan tempat duduk belakang ditiadakan. 
 


Ford mensasarkan kutipan amal sehingga 75,000 tiket undian untuk meraih sumbangan yang akan disalurkan terus kepada organisasi JDRF, dan pemenang utama akan membawa pulang Mustang Shelby GT500 yang dimaksudkan tadi. 

Manakala pemenang tempat kedua pula akan menerima pakej pengalaman perlumbaan VIP untu dua orang pada acara Daytona 500 2020.

Tiket undian boleh dibeli dalam talian pada pautan https://p2p.onecause.com/jdrfgt500 dan tarikh tutup pembelian adalah pada 10 November ini. 

Undian akan dicabut pada 14 November ini di Ford Conference and Event Center, 1151 Village Road, Dearbon. 

Menariknya, menurut kenyataan rasmi Ford, pemenang sebenarnya tidak perlu hadir ketika acara cabutan dilakukan. 

 


Ford Mustang Shelby GT500 didatangkan dengan enjin 6.2 liter bentangan V8 yang mampu menjana 762 kuasa kuda dan 847 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan dari Tremec. 

Secara kasarnya, anda perlu mempunyai uang berjumlah $73,995 (RM306,136) untuk memiliki jentera ini dengan tambahan pakej Carbon Fiber Track bernilai $18,500 (RM76,539). 

Jadi, dengan semudah menderma, anda sudah boleh memiliki sebuah jentera hebat ini di dalam ruang parkir anda, dan bukan dalam bentuk diecast model berskala. 


Sumber: Ford

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, kita telah pun melihat banyak contoh tindakan tidak bertanggungjawab segelintir…