Anda mahu NSX dengan kit badan Veilside? Harga kini RM281k di Sweden

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin sukar untuk anda dapatkan sebuah Honda NSX dipasaran terpakai dalam kondisi standard kilang, dengan harga yang semakin meningkat masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anda sebenarnya boleh mendapatkan sebuah NSX dengan harga yang boleh didengar, asalkan anda tidak kisah dengan penampilan luarannya, seperti yang ditunjukkan di dalam artikel kali ini.
 

NSX


Honda NSX dengan kit badan VeilSide ini ditawarkan oleh pengedar Custom Car Sthlm AB berpengkalan di Stockholm, Sweden.

Berdasarkan info dari Blocket, NSX ini merupakan model pra-facelift tahun 1991 dengan jarak perbatuan hanyalah sekitar 12,780 km sahaja.

Ya, ia sebenarnya sebuah NSX dengan lampu pop-up, namun modifikasi kit badan VeilSide telah membuang unit lampu ikonik itu dan digantikan dengan lampu kekal dengan perumah gentian karbon, diikuti kit badan penuh VeilSide dari depan hingga belakang.
 

NSX


Identiti asal bahagian belakang NSX ini juga sudah hilang, dan digantikan dengan unit lampu berbentuk bulat yang mengingatkan kita kepada model Ferrari 360 Modena, diikuti dengan sayap 'terapung', serta rekaan bampar yang menempatkan sistem ekzos kustom di bahagian tengah.

NSX ini menggunakan set rim aloi aftermarket rekaan turbin dengan saiz 19 inci di depan dan 20 inci di belakang.
 

NSX


Ruang kabin pula banyak dikuasai dengan penggunaan bahan gentian karbon dan alcantara pada papan pemuka, sementara unit meter kluster pula disumberkan daripada Honda S2000.

Harga yang diminta bermula dari kr 650,000 (RM280,649) dan harus diingat unit ini berada di Sweden.

Berminat?

Sumber: Blocket

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam…
Berita Global
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, sebuah kafe yang terkenal kerana membawakan tema anime…