ANCAP: Toyota Hiace skor lima bintang, Jeep Wrangler cuma peroleh satu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut ujian pelanggaran kenderaan baharu yang dijalankan oleh ANCAP, Toyota Hiace dan Nissan Leaf masing-masing mencatatkan skor markah penuh lima bintang.

Ketua eksekutif ANCAP, James Goodwin memuji pencapaian Toyota Hiace yang meletakkan satu aras baharu bagi segmen van komersil di Australia. 

"Penarafan ini menunjukkan kematangan di dalam pasaran, dengan ciri keselamatan moden menjadi keutamaan tidak kira apa jua kenderaan atau bagaimana ia bakal digunakan," jelas beliau. 

Toyota Hiace memperoleh markah 94% bagi penumpang dewasa, 88% untuk penumpang kanak-kanak, 84% bagi perlindungan terhadap pengguna jalan raya serta 77% untuk bantuan keselamatan. 

ANCAP juga turut memuji pencapaian Nissan Leaf dalam usaha untuk menawarkan pilihan kereta elektrik yang lebih selamat kepada para pengguna di Australia. 

 


Difahamkan, hatchback berkuasa elektrik itu berjaya memperoleh penarafan 'Good' untuk penumpang dewasa, kanak-kanak selain ujian bantuan keselamatan seperti bantuan kekal laluan serta sistem brek kecemasan autonomi. 

Sayang sekali, bagi Jeep Wrangler pula hanya mampu memperoleh skor satu bintang sahaja - dan ia merupakan skor yang sama diperoleh ketika ujian Euro NCAP yang dilakukan pada tahun lalu. 

SUV off-road itu dikatakan mempunyai beberapa masalah seperti kurang perlindungan terhadap bahagian dada penumpang, selain struktur casis yang mengalami deformasi ketika pelanggaran, dan kurang bantuan keselamatan dilengkapkan. 

Jika merujuk kepada data yang diperoleh, Jeep Wrangler hanya mampu mencapai skor 50% untuk perlindungan penumpang dewasa, 49% markah pelindungan terhadap pengguna jalan raya serta 32% untuk ciri bantuan keselamatan. 
 


Walaupun Jeep Wrangler akan dilengkapkan dengan ciri AEB tidak lama lagi, ANCAP tidak menjamin skor tersebut akan meningkat disebabkan SUV tersebut perlu menjalani semula ujian pelanggaran sama seperti kenderaan baharu yang lain. 

Tambahan pula, ciri yang sinonim dengan Jeep Wrangler seperti pintu dan bumbung mudah alih adalah mustahil untuk memberikan perlindungan maksimum kepada penumpang di dalam ujian pelanggaran. 

Rekaan body-on-frame juga turut memberikan kesukaran terhadap skor markah penuh Jeep Wrangler, walaupun ia sebenarnya tidak mustahil kerana Mercedes-Benz G-Class berjaya membuktikan sebaliknya. 

Pun begitu, menurut bos besar Jeep Australia Steve Zanlunghi memberikan jaminan bahawa Jeep Wrangler masih merupakan sebuah kenderaan yang selamat, dan memberitahu 'tiada sebarang pelanggan mereka yang kisah akan ciri AEB tersebut'.

Berita Berkenaan

Berita Global
Agensi Australia NCAP baru-baru ini mengumumkan dua model yang disahkan mendapat markah sifar…