Anamika Talwar kini Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) baru-baru ini melantik Anamika Talwar sebagai Pengarah Urusan baharu berkuat-kuasa 1 November yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anamika akan menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Mike Ponnaz yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services Hong Kong.

Sebelum ini, Anamika pernah bekerja sebagai Ketua Strategi bagi unit Pembangunan Perniagaan dan Insurans rantau Amerika, serta memegang jawatan sebagai Ketua Unit Jualan dan Pemasaran, serta Transformasi Digital bagi rantau Afrika dan Asia Pasifik.

Sebelum menyertai Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika turut memegang jawatan Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services Singapura selama tiga tahun.

Beliau mempunyai ijazah di dalam bidang kejuruteraan dari Indian Institute of Technology Bombay dan MBA dari Carnegie Melon University.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Datuk Nik Airina bukanlah nama baharu dalam industri lebuh raya dan PLUS, sebelum ini beliau telah…
Berita Domestik
Gao Feng sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di kilang Volvo Taizhou sejak tahun…