Anak Skudai pacu Maserati Malaysia ke hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|

Maserati ialah satu jenama mewah dari Itali yang mempunyai sejarah yang cukup panjang.

Bermula di bandar Bologna, Itali pada 1 Disember 1914, ia kini duduk berada di bawah payung yang sama dengan seteru lamanya, Ferrari.

Kedua-dua syarikat itu berada di bawah Fiat, yang juga duduk di bawah syarikat Itali - US, Fiat Chrysler Automobiles (FCA).

 

 

Di Malaysia pula, nama Maserati mula dikenali semula selepas Kumpulan Naza mengambil alih jenama itu pada Januari 2009.

Perubahan nyata terbukti positif apabila Maserati Malaysia mendapat anugerah Khidmat Selepas Jualan Terbaik untuk rantau Asia Tenggara pada tahun 2016.

Careta duduk bersama Farid Sulaiman, antara orang lama di dalam bidang automotif negara yang kini mengetuai Naza Italia Maserati.

 

 

Berusia 43 tahun, Farid pernah bersama dengan Proton, Honda Malaysia dan juga BMW Mini Malaysia sebelum mengetuai jenama-jenama Itali di Kumpulan Naza.

Semenjak 2009, sudah sebanyak 420 unit Maserati telah dijual.

Menurut Farid yang berasal dari Kampung Sinaran Baru, Skudai ini, Naza Italia sudah menjual 80 unit Maserati untuk tahun 2018, dan unit ke-80 itu ialah SUV sporty Levante.

"Model paling popular ialah Ghibli dan Levante," ujar Farid.

Walaupun Malaysia adalah pasaran kedua terbesar di Asean selepas Singapura, perkembangan di Malaysia adalah memberangsangkan.

 

 

"Model Levante ini memang sebuah model yang berjaya untuk jenama Maserati. Oleh kerana ia sebuah SUV, kebanyakan pembeli adalah dari pemilik Ferrari yang mahukan sebuah kenderaan istimewa untuk dibawa bersama keluarga."

"Ada juga pemilik Ghibli yang mahukan satu kenderaanyang lebih besar dan pratikal," sambung Farid.

"Selain dari itu, kita ada pembeli yang mahukan jenama yang berlainan dari yang biasa di dalam pasaran."

Farid bagaimanapun bersetuju ramai yang terus tertarik secara dengan Levante setelah melihat kabin SUV Itali ini dan kemudian memandu ujinya.

 

 

"Kemasan dalam Levante ini bukan sahaja mewah, tetapi anda boleh lihat ia mempunyai kualiti yang sangat baik. Bila memandu, deruman bunyi dari ekzos itu memang tidak mudah untuk dilupai. Ia seperti bunyi ekzos supercar," Farid menerangkan sewaktu makan tengahari bersama beliau di Langkawi bulan lalu.

"SUV ini juga direka untuk kegunaan harian, dan kerana itu khidmat selepas jualan sangat kami pentingkan untuk memastikan pemilik tahu kami benar-benar ada untuk menjaga Maserati mereka."

Selain dari khidmat selepas jualan yang terbukti (hinggakan pemilik Ferrari dan Maserati sanggup datang lagi untuk membeli model-model lain), Naza Italia turut mengadakan aktiviti aktiviti dengan pemilik seperti bertandingan golf dan juga trip memandu ke destinasi-destinasi.

 

 

Careta difahamkan untuk sesi ujipandu Levante ini, pelanggan-pelanggan yang menunjukan minat yang serius dijemput datang ke Langkawi untuk memandu uji sendiri SUV tersebut, dan segala perbelanjaan ditanggung oleh Naza Italia. Bukti betapa serius syarikat bumiputra ini mahu berjaya di dalam industri premium tersebut.

"Alhamdulillah permintaan untuk tahun ini memang meningkat tetapi cabarannya ialah kami tidak mempunyai stok yang mencukupi," kata Farid.

Maserati memang menyekat pengeluaran kenderaan mereka kepada 75,000 unit setahun sahaja bagi seluruh dunia, demi menjaga ekskusiviti jenama tersebut. 

 

 

"Tahun 2019, InsyaAllah ia akan menjadi tahun yang lebih rancak untuk Maserati. Kami sudah memastikan stok mencukupi, terutama untuk model Levante. Dan Maserati sendiri ada varian-varian istimewa untuk Levante ini nanti," ujar Farid sebelum mengakhiri perbualan kami.

Careta sudahpun memandu uji Levante di Langkawi baru-baru ini dan laporan mengenai SUV mewah itu akan diterbitkan kelak.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Automachi ialah portal online automotif bahasa Mandarin nombor satu Malaysia sementara Careta dan…
Telah Diuji
Apakah yang anda boleh lakukan jika anda mahukan sebuah Ferrari yang mampu membawa lima penumpang…
Model Terbaharu
Baru diperkenalkan tahun lalu, kedua-dua model versi naik taraf itu ditawarkan dalam tiga varian…