Anak muda tampal jalan rosak gara-gara seorang makcik yang hampir jatuh motor

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemuda tampil bertindak menampal jalan raya yang rosak teruk dengan bancuhan simen bagi laluan orang ramai di tempat beliau bekerja.


Menerusi sebuah video klip yang dikongsinya di laman Instagram, pemuda dikenali @madshafiq_ itu tampil berbuat sedemikian gara-gara pernah ternampak seorang mak cik yang hampir terjatuh motor melalui jalan tersebut.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Menurut laporan dari Sinar Harian, @madshafiq mengambil tindakan tersebut adalah disebabkan seorang mak cik hampir jatuh akibat melalui kawasan lubang tersebut, dan beliau mengambil inisiatif untuk buat sesuatu.

 

“Walaupun pakai simen sahaja, tapi inilah usaha kecil yang terlintas. Untuk bagi kekal tahan sikit, aku buat bancuh lebihkan simen,” ujarnya.

 

Selain itu, dia juga berharap usahanya itu dapat memberi kesenangan kepada kawan-kawan rider dan mengelakkan mereka daripada kemalangan memandangkan di situ kawasan kedai makan seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi siam, mouthgasm crunchy dan sebagainya.

 

Perkongsiannya turut mendapat pelbagai pujian warga maya yang rata-rata mengatakan itu satu usaha yang sangat baik.

 

IG

 

Syabas anak muda. Usaha sebegini amat kami hargai dan semoga tindakan ini dicontohi oleh anak muda yang lain.

 

Video beliau boleh dilihat di sini