Produk yang dimaksudkan merujuk kepada DMC-21, atau lebih tepat lagi merupakan sebuah Reliant Robin beroda tiga yang telah diberikan penampilan seakan sebuah DeLorean DMC-12 seperti pintu gullwing, rekaan gril, serta kemasan cat yang hampir serupa.

Meskipun laman web Ty mendakwa DMC-21 itu "asalnya direka pada tahun 1981", namun tiada sebarang petunjuk yang dapat membuktikan DeLorean Motor Company pernah merancang untuk memperkenalkan kenderaan beroda tiga.
DMC-21 didatangkan dengan enjin bersesaran 850 cc yang mampu menghasilkan 40 kuasa kuda, dan syarikat itu mendakwa ia mampu mencapai kelajuan sehingga 161 km/j.
Satu angka yang agak menakutkan untuk sebuah kenderaan beroda tiga.

Sementara ruang kabin pula dikatakan dilengkapi dengan Flux Capacitor palsu sama seperti kereta DMC-12 dalam filem Back to The Future, selain karpet, roda stereng dan tombol gear berjenama DMC.
Pada ketika ini, Ty sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana beliau telah melanggar hak dan tanda dagang yang telah didaftarkan oleh DeLorean Motor Company di UK.