Anak gemar berlumba haram, ayah bawa dan serah kepada polis

oleh SALINA JALIL|
Kenakalan seorang anak lelaki yang gemar berlumba motosikal, seorang bapa menghantar anak lelaki beliau yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) ke balai polis, semalam bagi tujuan pembelajaran.


Remaja yang berusia 18 tahun itu ditahan bersama empat lagi rakannya yang berusia antara 15 hingga 20 tahun selepas terbabit dalam aksi lumba haram di Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun berdekatan Kampung Banat pada 10.30 malam kelmarin.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya ke rumah suspek, kelmarin sejurus kejadian itu namun lelaki berkenaan melarikan diri.

 

"Kelima mereka dikejar anggota polis sehingga ke rumah mereka di Arau dan empat rakannya ditahan. Namun suspek lari dari rumah sebelum bapanya hadir ke balai polis bersama anak lelakinya itu pada pagi semalam.

 

"Bapanya juga mengaku anak lelakinya itu sering terbabit dengan kegiatan berkenaan sehingga merunsingkan fikiran dirinya sewaktu hadir ke balai polis semalam," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, hari ini.

 

Nanda berkata, hasil pemeriksaan air kencing kelima mereka didapati negatif daripada pengaruh dadah dan kesemua motosikal yang ditunggang didaftarkan atas nama ahli keluarga mereka.

 

"Tiga daripada mereka didapati bawah umur dan hanya seorang sahaja yang masih bersekolah dan lainnya sudah bekerja.

 

"Pelbagai alasan yang diberikan sewaktu ditanya mengenai kegiatan mereka termasuk alasan suka-suka untuk berlumba dan berbagai lagi. Namun apa yang kita hairan, ibu bapa mereka seolah membenarkan anak mereka keluar dari rumah dan pulang lewat malam meskipun bawah umur," katanya.

 

Nanda berkata, kesemua mereka direman bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.

 

 

 

HM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana tegas beliau, kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah meletakkan nyawa…
Berita Domestik
"Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan aksi menunggang secara melulu dan…
Berita Domestik
Remaja yang dikenali sebagai Amir, 15, memberi alasan dia bersama abang dan lima lagi rakan masing-…