Anak Carlos Ghosn bayar RM2.1 juta bantu bapanya lari dari Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Kisah pelarian Carlos Ghosn semakin menarik apabila laporan terbaharu daripada Bloomberg menyebut bekas bos Nissan tersebut berjaya melepaskan diri dari Jepun dengan bantuan anaknya sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pihak pendakwaraya Amerika Syarikat, Anthony Ghosn dikatakan membuat pembayaran dalam bentuk kriptowang Coinbase berjumlah $500,000 (RM2.1 juta) kepada Peter Taylor selepas bapanya bersembunyi di dalam kotak untuk diseludup keluar dari Jepun menggunakan jet peribadi.

Digabungkan dengan pembayaran yang terdahulu, jumlah wang yang diterima oleh Taylor dan bapanya, bekas tentera Michael Taylor kini mencecah $1.36 juta (RM5.8 juta) daripada keluarga Ghosn.

Carlos Ghosn dalam satu kenyataan terdahulu menafikan penglibatan keluarganya di dalam misi pelarian dari Jepun, di mana beliau menghadapi tuduhan salahlaku kewangan.

Namun, pihak pendakwaraya negara Amerika Syarikat dan Jepun telah berjaya memperoleh bukti bahawa anaknya Anthony Ghosn dan Maya memainkan peranan di dalam usaha membawa keluar Carlos dari Jepun.

Dua beranak Taylor tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada Mei lalu atas permintaan kerajaan Jepun kerana membantu usaha pelarian Ghosn.

Berdasarkan siasatan, pembayaran dalam bentuk kriptowang tersebut dibuat secara berperingkat bermula Januari sehingga pertengahan bulan Mei dikatakan merupakan set pembayaran kali kedua, malah Ghosn sendiri dikatakan telah membayar lebih daripada $860,000 (RM3.6 juta) kepada syarikat yang dikendalikan oleh Peter Taylor.

Sumber: Bloomberg

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…