Anak-beranak bina VW Beetle 'gergasi', lebih besar dari Hummer!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Volkswagen telah pun menghentikan produksi Beetle pada tahun lalu, kereta 'kodok' tersebut sebenarnya masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, apatah lagi model-model klasik Beetle dengan enjin boxer sejukan udara itu.

Disebabkan terlalu cintakan Beetle, pasangan anak-beranak Scott Tupper dan bapanya membuat keputusan untuk membina sebuah VW Beetle kustom menerusi pendekatan yang berbeza -  menjadikannya 50 peratus lebih besar!

Namun, saiz yang terlalu besar memungkinkan kesukaran untuk memandunya di atas jalan raya biasa, jadi mereka meneliti kembali perancangan asal dan saiz tersebut diturunkan kepada 40 peratus. 

Untuk menjadikan hasil kerja mereka lebih sempurna, pasangan tersebut menjalankan pengimbasan digital terhadap model asal Beetle tahun 1959, dan kemudian mencipta panel kustom berdasarkan data yang dikira oleh komputer. 

 


Platform asal Beetle yang sudah terlalu tua sememangnya sukar untuk dilakukan modifikasi, jadi mereka mengambil jalan berbeza dengan menggunakan platform trak daripada Dodge, selain memuatkan nadi 5.7 liter bentangan V8 yang diperoleh daripada Dodge Magnum. 

Boleh dikatakan hasil kerja yang dibuat oleh mereka amat mengkagumkan, dan tampak lebih besar berbanding model asal Beetle itu sendiri. 

Rekaan kabin juga mengekalkan elemen klasik yang terdapat pada Beetle, namun ditambah dengan ciri moden seperti tingkap berkuasa, tempat duduk berventilasi serta sistem pemanasan terbina dalam. 
 


Terdapat juga kluster meter yang diperoleh daripada Dodge yang disembunyikan dan boleh muncul dari bawah papan pemuka dengan hanya satu sentuhan butang. 

Menurut Tupper, hasil kerja mereka sememangnya menarik perhatian para pengguna jalan raya, dan terdapat tawaran dari sesetengah pihak yang mahu membeli Huge Bug tersebut. 

Namun, Tupper menjelaskan, "kereta ini tidak akan pergi ke mana-mana buat masa ini".

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Recall terkini yang melibatkan inflator Takata itu berisiko untuk rosak akibat tahap kelembapan dan…
Berita Global
Pihak Milivié Design baru-baru ini mengumumkan penawaran model klasik Volkswagen Beetle yang telah…
Berita Global
Menerusi kerjasama antara JP Performance dan Prior Design, mereka bakal membangunkan kit badan…