Anak-anak punca ibu bapa hilang tumpuan sewaktu memandu - Nissan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pernah tidak sewaktu kecil dahulu dan bergurau dengan adik beradik tiba-tiba sahaja ada suara yang memberi amaran jika terus buat bising nanti kena tinggal tepi jalan?

Itu lah suara ibu atau bapa yang terganggu sewaktu memandu dek kerana anak-anak yang riuh rendah di belakang.

Tidak sangka ada kajian yang dibuat tentang gangguan anak-anak dan dilakukan oleh Nissan dan ia melibatkan 5,000 ribu ibu bapa.

Kajian itu mendapati lebih enam daripada sepuluh ibu bapa (63 peratus) ibu bapa di Eropah mengakui mereka susah untuk menumpukan perhatian apabila anak-anak mereka 'buat hal' di dalam kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Anak-anak menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan sewaktu memandu - Nissan

 

Satu lagi fakta merisaukan ialah hampir satu daripada tiga orang dewasa (29 peratus) sedar mereka berada di dalam keadaan yang tidak selamat.

Para ibu bapa yang terlibat memaklumkan tahap gangguan berlaku sehingga mereka mengalih pandangan daripada jalan raya dan tangan daripada stereng.

Ibu bapa juga mengakui bahawa mereka melanggar lampu isyarat merah, lupa hendak menggunakan lampu isyarat, brek mengejut, terpesong ke lorong sebelah dan sehingga terpaksa menghentikan kereta.

Hasilnya ialah, ibu bapa semakin sedar dan ramai beralih kepada teknologi yang dapat melindungi keluarga sewaktu berada di jalan raya.

Berikut ialah lagi dapatan kajian oleh Nissan:

  • Mengelakkan daripada gangguan merupakan salah satu aspek paling utama ibu bapa dalam memilih kereta yang mahu dibeli
  • Satu daripada tiga (34 peratus) mengatakan mereka akan meninjau secara serius sistem bantuan pemanduan dalam memilih kereta yang hendak dibeli
  • Di antara teknologi ialah brek kecemasan automatik, amaran penukaran lorong dan kawalan jelajah boleh suai
  • Menangis dan mengamuk (tantrum) berada dalam senarai teratas tingkah laku tidak elok kanak-kanak (65 peratus)
  • Berada di kedudukan kedua ialah bergaduh sesama adik beradik atau rakan-rakan (58 peratus)
  • Menendang kerusi pemandu (49 peratus)
  • Menanggalkan tali pinggang keledar (43 peratus)
  • Mencampak permainan di dalam kereta (39 peratus)
  • 15 peratus ibu bapa mengelak terus daripada menggunakan lebuh raya atau jalan yang sibuk apabila anak-anak berada di dalam kereta
  • Ibu bapa menggunakan kaedah supaya anak tenteram dengan memberikan mereka tablet atau telefon pintar (37 peratus), permainan (41 peratus), menyanyi bersama (53 peratus) atau membiarkan mereka senyap dengan memberikan manisan (22 peratus)
Anak-anak menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan sewaktu memandu - Nissan

 

Disebabkan senario tersebut, ibu bapa memaklumkan mereka selalu berasa tertekan dan risau apabila anak-anak berada di dalam kereta.

Ibu bapa turut mengaku mereka boleh sampai ke destinasi yang dituju dengan lambat atau mood tidak baik, bergaduh dengan pasangan atau berlakunya amukan jalanan dengan pemandu lain.

Berikut ialah lagi fakta tentang kanak-kanak dan tekanan dalam kereta:

  • Secara purata ibu bapa meluangkan masa selama 2 jam 45 minit dalam kereta bersama anak mereka setiap minggu, bersamaan dengan enam hari setahun
  • Satu daripada ibu bapa (20 peratus) mengatakan kelakuan anak mereka paling teruk bila berada di dalam kereta, bersiap untuk ke sekolah (11 peratus), pasaraya (17 peratus) dan semasa waktu tidur (12 peratus)
  • Ibu atau 67 peratus merasa susah untuk fokus dalam pemanduan semasa anak membuat perangai di belakang berbanding bapa (57 peratus)
  • Ibu mempunyai kencenderungan lebih tinggi untuk menyerahkan tugas pemanduan kepada orang lain disebabkan perangai anak mereka. 24 peratus mengatakan mereka akan serahkan kunci kepada orang lain berbanding bapa iaitu sebanyak 12 peratus.

Nissan mempunyai teknologi bantuan pemanduan canggih seperti ProPILOT yang memberi bantuan automatik kepada stereng, pecutan dan brek.

Sistem ini berfongsi di lorong tunggal lebuh raya dan dioptimumkan untuk kesesakan kelajuan rendah dan pemanduan laju.

 

Anak-anak menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan sewaktu memandu - Nissan

 

Direka untuk mengurangkan keletihan dan tekanan dalam pemanduan harian, ProPILOT juga boleh memperbaiki tahap keselamatan.

ProPILOT sekarang ini dilengkapi pada Nissan LEAF yang bakal ditawarkan di negara kita pada tahun ini dan akan datang pada model antarabangsa seperti Qashqai dan X-Trail. 

Teknologi lain yang dipasangkan pada kenderaan Nissan ialah Brek Kecemasan Pintar yang boleh mengelak dan mengurangkan impak pelanggaran, dan Amaran Lintasan Undur yang memberi amaran kepada pemandu tentang objek bergerak di sekitar dan belakang kenderaan.

Kredit foto: Nissan

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…