Anak Alister McRae mula tunjuk minat dalam dunia rali

oleh Mohamad Hanif|
Anak kepada bekas pemandu Hyundai, Subaru dan Mitsubishi WRC Alister McRae iaitu Max McRae dilihat sebagai penerus dinasti yang ditinggalkan oleh bapanya dan juga datuknya - Jimmy McRae - apabila beliau menunjukkan minat untuk hadir pada acara McRae Rally Challenge, Scotland.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Max McRae, 15 tahun yang kini menetap di Australia memulakan karier dengan go kart telah berjaya menunjukkan bakat terpendam dengan mengalahkan pelumba yang lebih berpengalaman di Arise Racing Driver Search. 

Malah, beliau juga turut berpeluang untuk memandu uji sebahagian daripada jentera Colin McRae - bapa saudaranya - di Wales seperti Subaru Legacy RS dan Subaru Impreza WRC 97 di pusat ujian Walters Arena baru-baru ini. 

"Saya berasa amat bertuah dapat memandu kereta yang pernah dikendalikan oleh Pakcik Colin, kereta tersebut sememangnya hebat!" ujar Max menjelaskan perasaannya. 

Acara yang bakal menjadi saksi kemunculan bakat baharu McRae ini bertempat di litar Knockhill, Scotland, di mana McRae Rally Challenge akan membawakan bintang-bintang ternama dari seluruh dunia untuk menyambut ulang tahun gelaran juara Colin McRae. 
 


Menurut datuknya, Jimmy, "Kami perlu mencarikan Max sebuah jentera rali junior yang sesuai dengan skill pemanduannya, tidak perlu terlalu berkuasa kerana kami tidak mahu beliau (Max) memalukan bapanya.

Alister turut menambah, "Max sudah mula menunjukkan minat terhadap sukan rali, namun musim ini beliau sudah pun memiliki jadual yang penuh (Formula 1000) di Australia Barat. 

"Kami tidak pernah memaksa Max untuk serius di dalam sukan rali memandangkan sukan ini ternyata merupakan satu pelaburan yang cukup mahal. 

"Saya beritahu Max supaya dapatkan pandangan daripada datuk (Jimmy) dan mulakan usaha yang sepatutnya!" ujar Alister mengakhiri bicara. 

 


Sumber: WRC