Amsterdam bakal haramkan kereta/motosikal petrol dan diesel seawal 2030

oleh HEZERI SAMSURI|
Mulai tahun 2030, kereta dan motosikal berenjin petrol atau diesel akan diharamkan penggunaannya di kotaraya Amsterdam.

Menurut Majlis Perbandarannya, ia adalah antara fasa perubahan yang akan dilakukan untuk membersihkan penceramaran udara yang dituduh sebagai punca merosot jangka hayat penduduknya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mulai tahun 2020, semua kenderaan diesel berusia lebih 15 tahun akan diharamkan dari jalan utama A10 yang mengelilingi kotaraya tersebut.

Dalam tahun 2022, bas dan coach yang mengeluarkan asap juga akan diharamkan dari masuk ke kawasan pusat bandar. Pada tahun 2025, larangan itu akan dilanjutkan kepada kenderaan rekreasi air dan juga moped serta moped ringan.

Semua kenderaan perlu bebas dari asap bermula pada tahun 2030 di seluruh kawasan bandaraya Amsterdam.

Majlis Bandaraya Amsterdam mahu penduduknya bertukar dan menggunakan kenderaan elektrik atau kenderaan hidrogen.

Untuk itu, mereka bercadang untuk memberikan stesen pengecaj kepada mana-mana penduduk yang membeli kenderaan jenis tersebut.

Amsterdam dianggarkan memerlukan antara 16,000 hingga ke 23,000 pusat caj di seluruh bandaraya itu pada tahun 2025 jika mereka mahu mencapai sasaran 2030.

Buat masa sekarang, cuma ada 3,000 stesen pengecaj di bandar tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada AP News, Bandar Amsterdam yang terkenal dengan laluan-laluan air…