Amprex Circuit rasmi buka litar go kart di 1 Utama

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Top Gear Malaysia
Amprex Circuit Sdn Bhd baru-baru ini membuka sebuah litar go kart, Morac Go Kart Track 1 Utama, bersebelahan dengan pusat membeli belah popular 1 Utama Shopping Centre.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Litar sepanjang 420 meter merupakan litar go kart kedua yang dibuka oleh Amprex Circuit Sdn Bhd selepas litar pertama di Langkawi.
 

amprex


Ia juga merupakan litar pertama di Lembah Klang yang mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang terkini dan termoden, seperti papan masa LED secara langsung, peta penjejakan kedudukan pemandu, serta kamera POV secara langsung.
 

amprex


Litar go kart di 1 Utama ini turut menyediakan jentera go kart Sodikart RT10 yang dilengkapi dengan enjin Honda 270 cc empat lejang, serta 2Drive dengan enjin Honda 390 cc empat lejang yang turut menawarkan tahap keselamatan yang tinggi.
 

gokart


Selaku pengedar tunggal jenama Sodikart di Malaysia, Amprex Circuit juga bakal membuka kedai aksesori dan pakaian dalam masa terdekat, memudahkan para peminat go kart mendapatkan kelengkapan keselamatan dan perlumbaan masing-masing.

Yuran masuk bermula dari RM80-RM140 untuk sesi selama 10 minit bergantung kepada pemilihan go kart.