Ampere (subsidiari Renault Group) guna bateri LFP selain NCM

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ampere guna bateri LFP selain NCM
Ampere guna bateri LFP selain NCM
Di dalam menerima kenderaan elektrik bateri (BEV) seseorang perlu mengetahui jenis bateri yang digunakan.

Sebagai contoh, sekumpulan pengguna hari ini mengambil tahu tentang bateri yang digunakan sama ada jenis Litium Besi Fosfat (LFP) atau Nikel Kobalt Manganese (NCM).

Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan terpulang kepada pilihan pengguna.

Terbaru Ampere mengumumkan penggunaan bateri LFP selain NCM yang sekarang ini digunakan Renault Group.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas bersesuaian kepada ketaktentuan pasaran dan perubahan di dalam teknologi.

Ampere bekerjasama dengan pembekal LG Energy Solution (LGES) dan CATL bagi menubuhkan rantaian nilai bersepadu di benua Eropah.

Tujuannya untuk memastikan daya saing terbaik teknologi LFP untuk kenderaannya yang dikeluarkan di Eropah.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Ampere

 

Kedua-dua rakan kerjasama bakal membekalkan bateri LFP yang akan digunakan di dalam kenderaan Renault dan Alpine.

Ampere juga akan bekerjasama dengan LGES di dalam pembangunan teknologi Cell-to-Pack.

Satu daripada kelebihannya ialah jarak kenderaan dapat ditingkatkan susulan lebih banyak sel dapat dimuatkan selain menurunkan kos bateri.

Penggunaan LFP dan teknologi Cell-to-Pack membolehkan Ampere mengurangkan kos bateri sekitar 20 peratus di dalam kenderaannya bermula 2026.

Syarikat yang terlibat di dalam pembekalan dan pengeluaran perkakasan dan bateri untuk Ampere:

  • AESC: Terletak di dalam hab Ampere ElectriCity di Douai, Perancis - bateri NCM
  • CATL: Kilang di Hungary - teknologi LFP
  • LGES: Kilang di Poland - bateri NCM dan LFP
  • Verkor: Kilang giga di Dunkerque, Perancis - teknologi NCM

Bateri dipasang di Kilang Pemasangan Bateri di Ampere ElectriCity.

Ampere

Teknologi LFP merupakan pilihan yang baik kepada NCM hasil perkembangan teknologi di dalam tempoh beberapa tahun lalu dan pembangunan rantaian nilai.

Menurut Ampere, bateri LFP sesuai digunakan pada kenderaan kecil dan sederhana selain lebih murah dan jawapan kepada EV mampu milik dan peluasannya di Eropah.

Model Ampere (Renault Group) pertama yang dilengkapi teknologi LFP bakal menemui pengguna pada 2026.

Di antara pengeluar yang telah menggunakan bateri LFP ialah BYD, Tesla, KGM, Kia, GWM, Omoda (Chery).

Sementara itu terdapat pengeluar seperti Nissan, Honda dan Toyota sedang membangunkan teknologi bateri keadaan pepejal (solid-state battery).

Sama seperti enjin pembakaran dalaman (ICE), teknologi bateri akan terus berkembang dan hakikat di dalam dunia kepenggunaan.

Beli EV pada peringkat awal ada kelebihannya dan begitu juga yang memilikinya pada kemudian hari.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…