AmGeneral Insurance Berhad kini dikenali sebagai Liberty General Insurance Berhad

oleh Danial Yasin Suhaimi|
AmGeneral Insurance Berhad baru-baru ini telah mengumumkan penjenamaan semula sebagai Liberty General Insurance Berhad, di mana ia bakal memperkukuh kedudukanya sebagai sebuah syarikat insurans am terkemuka di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Liberty General Insurance Berhad akan menyediakan pelan-pelan yang lebih menyeluruh dan komprehensif selaras dengan keperluan pelanggan melalui pelbagai pilihan insurans.

Kini tiga jenama terkemuka iaitu Liberty Insurance, Kurnia Insurans, dan AmAssurance menjanjikan rangkaian liputan yang unik dan meluas, merangkumi motor, rumah, perniagaan dan insuran kesihatan untuk semua golongan rakyat Malaysia.

Liberty General Insurance Berhad juga akan beroperasi di lokasi baharunya yang terletak di Menara Liberty Insurance, terletak di Pavillion Damansara Heights.

Sebagai sebahagian daripada penggabungan yang berkuatkuasa mulai 1 April tahun ini, AmBank Group kini mempunyai pegangan saham Liberty sebanyak 30%.

Di mana kerjasama Liberty telah menjalin kerjasama bankasurans eksklusif selama 20 tahun untuk mengedarkan produk-produk insurans umum dengan AmBank Group.

Liberty General Insurance merupakan sebuah anak syarikat Liberty Mutual Insurance, yang telah memperoleh 100% saham AmGeneral Insurance mulai Julai 2022.

Sebelum ini, AmGeneral dimiliki oleh AmBank Group (51%) dan Insurance Australia Group (49%). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Liberty General Insurance.