AMG Paling Ganas Pernah Wujud? Ini Bayangan “Black Series” Baharu Mercedes-AMG

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-AMG akhirnya mendedahkan identiti sebenar prototaip “Track Sport” yang sebelum ini hanya muncul sebagai teaser.

Menariknya, ia bukan sekadar sebuah jentera konsep biasa, tetapi sebuah projek dua dalam satu yang merangkumi kereta lumba GT3 baharu dan versi atas jalan Black Series yang dibangunkan khas sebagai model homologasi.

Secara kasar, kedua-dua versi ini nampak hampir serupa, tetapi perbezaannya jelas bila diteliti, di mana model atas jalan lengkap dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 dan papan nombor pendaftaran.

 

2

 

Sementara versi litar hadir lebih agresif dengan tayar slick penuh dan roll cage, khas untuk kegunaan trek sahaja. 

Versi road-legal itu juga tampil dengan spesifikasi yang cukup agresif bersama rim center-lock, canard depan, ekzos side-exit, dan sayap belakang jenis swan-neck yang besar. 

AMG sendiri menggambarkannya sebagai “Black Series paling radikal pernah dihasilkan,” dan besar kemungkinan ia kekal sebagai jentera dua tempat duduk tulen tanpa kompromi.

 

3

 

Dari segi enjin, walaupun spesifikasi penuh masih dirahsiakan, petunjuk awal menunjukkan konfigurasi V8 tanpa sebarang sistem elektrifikasi. 

Ini selari dengan falsafah jentera fokus litar iaitu kurangkan berat dan maksimumkan prestasi, ebagai rujukan, model terdahulu menghasilkan sekitar 720hp, jadi tak mustahil versi baharu ini akan melepasi angka tersebut.

Ada juga kemungkinan enjin V8 ini menggunakan flat-plane crank, satu setup yang lebih agresif dan berkarakter tinggi, mungkin turut dikongsi dengan projek masa depan di bawah siri Mythos AMG. 

 

4

 

Dari segi posisi dalam barisan, model itu dijangka duduk jauh lebih tinggi daripada GT 63 Pro, sekali gus memberi bayangan harga yang juga akan melonjak ke tahap supercar sebenar.

Ringkasnya, ia bukan sekadar Black Series biasa, ia adalah manifestasi paling ekstrem falsafah AMG, gabungan teknologi perlumbaan dan mungkin antara kereta paling liar yang pernah keluar dari Affalterbach.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian itu berlaku ketika jurutera Mercedes-AMG sedang menguji versi facelift bagi model GT…
Model Terbaharu
Enjin 2.0 liter turbo empat silinder yang sebelum ini menjadi identiti CLA 45 digantikan dengan…
Berita Global
Namun, strategi tersebut dikatakan tidak mencapai sasaran jualan yang diharapkan kerana ramai…