AMG MB 100 D - Van sporty yang ramai tidak tahu.

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebut AMG, kita terbayang model-model berkuasa dari Mercedes-Benz.

AMG sebenarnya berasal dari sebuah syarikat "tuning" milik persendirian, tetapi dalam tahun 1999, Mercedes-Benz membeli majoriti pegangan saham di dalam syarikat itu dan akhirnya pada 2005, AMG menjadi milik Mercedes-Benz 100 peratus.

AMG, atau dalam bahasa Jerman disebut sebagai Ah - Emm - Gay, memang menurunkan kepakaran penalaan agresif untuk model-model AMG mereka. Pelbagai lagenda kenderaan muncul dengan lencana AMG, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa dalam tahun 1989, AMG pernah menala sebuah van yang dibuat di Sepanyol untuk pasaran Eropah.

 

 

Van Mercedes-Benz MB 100 (gambar atas) dibina di Sepanyol antara tahun 1981 sehingga 1996, khusus untuk tujuan perdagangan di Eropah. Ia menggunakan enjin 2.4L diesel dengan 73hp. Ia juga datang dengan enjin diesel 3.0L.

MB 100 digantikan kepada model Vito dalam tahun 1996 dan MB100 lenyap dari sejarah, dan kerana itu ramai tidak tahu wujudnya model AMG MB 100 D ini.

Apa yang AMG lakukan ialah memberikan penalaan dan unit pengecas turbo baharu kepada enjin-enjin pada van tersebut. 

 

 

Ternyata tambahan tenaga kepada enjin itu penting kerana van itu menjadi berat setelah pelbagai ciri kemewahan diletakkan di dalam kabin besar itu.

Sembilan kerusi mewah lengkap dengan balutan Alcantara diletakkan di dalam. Juga wujud ialah meja lipat, yang dibalut dengan Alcantara juga. Stereng dibalut dengan kemasan kulit.

Dari segi elektronik, sistem audio premium dipasang agar penumpang mampu mendengar lagu-lagu Modern Talking dan Boney M dengan lebih khusyuk. Juga diberikan ialah alat pemain video VHS dan telefon ATUR.

 

 

Dengan kelajuan maksimum 160 kmsj (dikira hebat untuk zaman itu), AMG MB 100 D perlu nampak agresif juga.

Untuk tujuan itu, AMG mengenakan cermin bertinta hijau gelap, cat dua ton dalam warna kelabu pearl atau biru-hitam metalik. 

Bamper, kemasan sisi dan tambahan fender diberi sentuhan AMG. Paling menarik. lampu kembar yang khusus untuk varian AMG ini.

 

 

Mungkin ramai yang cam akan rekabentuk roda aloi pada van ini. Sebenarnya, rekabentuk roda aloi ini bermula dari MB 100 D ini dan kekal sehingga sekarang!

Harga AMG MB 100 D ini ialah tiga kali ganda dari harga MB 100 standard, dan kerana itu ia langsung tidak laku. Paling popular ialah bila ia dilihat mengangkut ahli-ahli pasukan perlumbaan Mercedes-Benz, termasuk team AMG König Pilsener Mercedes-Benz.

 

 

Brabus juga turut menghasilkan varian mereka dan denga warna kuning menahang dan side exhaust, ia nampak lebih garang.

Geram bukan?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mercedes-AMG memperkenalkan dua buah model iaitu GLA 35 4MATIC dan GLB 35 4MATIC. Dua buah SUV…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…
Berita Global
Memperkenalkan, Mercedes-AMG EQE SUV 2024 - SUV elektrik pertama yang didatangkan dengan talaan AMG…