AMG Eagle 1981 - moyang kepada crossover wagon moden!

oleh Mohamad Hanif|
Crossover wagon mungkin sekali pilihan bagi mereka yang tidak menggemari sebuah SUV, namun masih menginginkan sebuah kenderaan yang serba praktikal serta mampu melalui jalan off-road yang ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model-model rossover wagon moden sekarang termasuklah Volvo V90 Cross Country, Audi A4 Allroad, dan Subaru Outback, namun model apakah yang menjadi perintis kepada kenderaan ini? 

Adakah ia sebuah kenderaan dari Jepun? Malaysia? 
 


Jawapannya, AMC Eagle yang diproduksikan oleh American Motors Corporation bermula dari 1979 sehinggalah 1987.

AMC Eagle sewaktu mula-mula diperkenalkan merupakan satu-satunya  kenderaan penumpang biasa dengan sistem pacuan empat roda, namun dengan harga yang berpatutan, dan menawarkan perjalanan yang selesa serta keupayaan untuk meredah laluan off-road yang ringan. 
 


Ciri ini turut disumbangkan oleh jarak kelegaan tanah wagon AMC Eagle yang lebih tinggi berbanding kenderaan penumpang biasa, menjadikannya salah sebuah model yang menjadi pencetus kepada istilah crossover. 

Namun, jika dilihat kepada kelas yang diwakili, ternyata AMC Eagle merupakan model perintis dan pendahulu di dalam segmen crossover wagon. 

Model yang dipaparkan ini merupakan model AMC Eagle tahun 1981 yang dikuasakan oleh enjin inline-six 4.2 liter yang sudah pun dibina semula memandangkan usianya sudah hampir mencecah 40 tahun. 
 


Aspek mekanikal crossover wagon ini turut dititikberatkan jadi pemilik asal telah pun menukarkan apa yang patut seperti aci pemacu hadapan, hab bearing, spring dedaun, selain penyerap hentak hadapan serba baharu dan bateri baharu. 

Ruang kabin pula telah dikemaskan dengan penggunaan upholsteri vinil hitam, dan menggantikan engsel pintu hadapan dan headliner kepada yang lebih baharu. 

Berbalik kepada enjin 4.2 liter (Amerika kan suka nombor besar!) enam silinder sebaris itu tadi, ia telah pun dibina semula oleh  pemilik terdahulu dan telah pun berjalan sejauh 12,875 kilometer tanpa mengetahui perbatuan sebenar memandangkan meter perbatuan telah pun diubah. 

 


Kuasa yang terhasil disalurkan kepada sistem pacuan empat roda sepenuh masa  menerusi transfer case kelajuan tunggal yang didatangkan dengan viscous coupling. 

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua model ini diiklankan di dalam laman web Bring A Trailer, dan bagi mereka yang berminat, ia dijual pada harga $6,200 (RM26,446). 

Sumber: Bring A Trailer