Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan sistem pengangkutan yang lebih bersih dan mesra alam, akan tetapi pentadbiran Biden mahu 'mengalahkan' industri automotif China yang semakin berkembang pada ketika ini.
Dua agensi utama, EPA dan NHTSA akan mengeluarkan garis panduan untuk memperbaiki kembali kesilapan yang dilakukan oleh pentadbiran yang terdahulu terhadap standard pelepasan emisi dan kadar keberkesanan bahan api dengan menggunakan momentum daripada perjanjian yang termeterai antara California dengan pengeluar BMW, Ford, Honda, Volvo dan Volkswagen.
EPA mengusulkan peraturan tersebut berkuatkuasa seawal tahun 2023, diikuti oleh NHTSA pada tahun berikutnya.
Langkah yang diambil oleh Biden turut mendapat sokongan daripada pengeluar seperti Ford, GM dan Stellantis, di mana mereka berkongsi aspirasi untuk mencapai sasaran jualan tahunan Amerika sebanyak 40-50 peratus terdiri daripada kenderaan sifar emisi.
Sumber: Engadget