Amerika mewajibkan pemasangan kamera keselamatan pada kereta bermula 1 Mei

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika (DOT) kini telah mewajibkan pemasangan kamera tambahan serta pakej keselamatan terkini pada kenderaan baharu bermula pada 1 Mei 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peraturan ini telah dibuat oleh Pertubuhan Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) pada tahun 2014 setelah desakan dibuat oleh beberapa pertubuhan NGO yang mahukan proses penyeragaman peralatan keselamatan dipasang pada setiap kereta baharu. 

Menurut Kurdock, peguam bagi Advocates for Highway and Auto Safety berkata, pergerakan itu mengambil masa hampir 10 tahun sebelum ia dapat direalisasikan pada tahun ini. 

 

Menurut pertubuhan peguam serta NGO yang terbabit, mereka mahukan kesemua kereta baharu dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini seperti brek kecemasan automatik (AEB), amaran pelanggaran (forward collision alert), amaran titik buta (blind spot warning), serta amaran penukaran laluan (lane departure warning) selewat-lewatnya 2020.

Data yang diperoleh daripada Institut Insurans Keselamatan Lebuhraya (IIHS) menunjukkan penggunaan rear automated braking mampu mengurangkan pelanggaran mengundur sebanyak 62%, AEB mengurangkan sejumlah 50% pelanggaran hadapan, amaran titik buta dan pertukaran laluan pula masing-masing mengurangkan kemalangan akibat pertukaran laluan sebanyak 14% dan 11%.

Di Malaysia, pemasangan peralatan keselamatan aktif ini boleh diperluaskan kepada semua kereta dengan menawarkan pakej ini sebagai satu standard untuk kesemua varian yang dijual.

Pihak pengeluar juga boleh menawarkan pakej naik taraf sebagai satu pilihan bagi pengguna yang tidak mahukan terlalu banyak pakej melalut didatangkan dan masih mahukan keselamatan sebagai prioriti mereka. 

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata hal ini kerana kajian yang…
Berita Domestik
Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan…
Berita Domestik
Sistem dibangunkan Selgem Sdn Bhd (Selgem) mengaplikasikan penggunaan kamera pintar di papan pemuka…