American Chopper bakal kembali ke TV

oleh HEZERI SAMSURI|
Discover Channel nampaknya akan menghidupkan kembali siri program American Chopper TV bersama dengan keluarga Teutuls.

Siri program realiti TV ini sebenarnya amat penting di dalam sejarah motosikal global kerana ia membawa dunia motosikal custom kepada penduduk global, dan gelagat Paul Sr dan Paul Jr mencuri hati jutaan penonton TV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Rancangan itu bakal ke udara pada penghujung bulan November tahun hadapan dan kemungkinan Paul Sr akan terus dengan bengkel Orang County Choppers, tempat asal syarikat tersebut sementara Paul Jr akan meneruskan kerjaya beliau di bengkel Paul Jr Designs.

Keduanya berpecah kerana tidak serasi dalam cara mengendalikan perniagaan dan juga cara modifikasi motosikal. Paul Sr mahukan cara custom tradisonal chopper US sementara Paul Jr berfikiran cara beliau sedikit berbeza dan modern.

Sebenarnya, kedua-duanya masih mengekalkan cara yang sama - chopper hendal panjang 12 kaki dengan krom setebal kerak kawah gunung berapi. 

Kami berharap tidak ada ahli politik yang berminat untuk menghamburkan duit kerajaan dengan membeli motosikal custom buatan mereka untuk dijadikan maskot atau ikon kerana ia langsung tidak akan mendatangkan hasil.

Maaf, kami terlambat.