AMER HARRIS TERUS PAMER AKSI CEMERLANG

oleh Hamimah Hamid|
PELUMBA go-kart negara, Amer Harris Jefry terus mempamerkan aksi cemerlang di siri kejohanan Deuscthe Kart-Meisterschaft (DKM) untuk musim 2023.

Wakil tunggal Asia Tenggara di kejohanan itu sentiasa menamatkan perlumbaan di kelompok 10 terbaik di dalam kategori KZ, kategori tertinggi siri karting antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejuarqan go kart milik Harris

Dengan aksi cemerlang yang dipamerkan musim ini, pelumba berusia 19 tahun itu ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan satelit Sodi, CPB Motorsport di kejohanan European Championship dan World Series Karting (WSK).

 

Minggu lalu, Amer Harris bersama pasukan WingHing Motorsport telah menjuarai perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) di Litar Sepang.

Pelumbaan kereta yg dimenangi beliau minggu lalu

Aksi perlumbaan S1K itu melibatkan 77 buah jentera dan mengambil tempoh selama 9 jam untuk menamatkan perlumbaan endurance tersebut.

 

Amer Haris akan terus beraksi bersama pasukan WingHing Motorsport di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand untuk Kejohanan Idemitsu Super Endurance pada bulan Disember 2023 nanti.

 

Penulis: Firdaus Razani