Amer Harris juarai pusingan pertama Gokart Rotax Max Challenge Thailand 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto oleh Bank Kanchanavilai
Pelumba muda negara, Amer Harris Jefry terus pamerkan bakatnya dengan menjadi juara dan menewaskan 18 pelumba lain pada pusingan 1 perlumbaan Gokart Rotax Max Challenge Thailand 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Amer yang kini berusia 19 tahun berjaya meningkatkan lagi namanya di peringkat antarabangsa melalui perlumbaan tersebut dalam kategori Senior Max dengan jentera gokart 125 cc bersama pasukan Simon Racing Thailand.

 

2

 

Pusingan 1 perlumbaan Gokart Rotax Max Challenge Thailand 2023 diadakan pada 2 April 2023 dimana ia disertai oleh lebih 70 pelumba dari beberapa negara Asia iaitu Thailand, Malaysia, Vietnam dan Jepun dibawah seliaan FIA.

Amer merupakan salah satu pelumba muda yang berpotensi untuk dikembangkan lagi bakatnya.

 

3

 

Bukan sahaja gokart, malahan dia juga berjaya mencatatkan masa terpantas di Litar Antarabangsa Sepang dengan beberapa jentera seperti BMW E92 M3,Toyota GR Yaris, Audi RS3, Nissan GTR R35 dan Toyota GR Supra.

Dengan laluan dan panduan yang tepat, Amer Harris berpotensi untuk menjadi pelapis pelumba negara yang berjaya bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa.