Amer Harris debut dalam perlumbaan Deutsche Kart Meisterschaft

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Amer Harris Jefry sekali lagi membanggakan Malaysia setelah mewakili Factory Team Sodi (CPB Sport) dalam kategory KZ2 untuk Perlumbaan Deutsche Kart Meisterschaft (DKM) Pusingan 1 berlangsung di Mulsen , Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kategori KZ2 merupakan kategori tertinggi dalam pelumbaan gokart dunia.

Disebabkan litar itu tidak membenarkan pelumba untuk berlatih sebulan sebelum kejohanan bermula, Amer buat pertama kalinya berlumba dalam kategori tersebut di litar itu dan telah mendapat rentak yang baik.

 

2

 

Hari pertama latihan, Amer telah merangkul kedudukan no 2 terpantas di samping 32 pelumba lain dari serata dunia.

Pada pelumbaan akhir pusingan 1, Amer telah mendapat kedudukan ke 9 dari 32 pelumba, satu keputusan yang amat baik bagi seorang rookie yang tiada pengalaman di litar tersebut.

 

3

 

Tentu sekali bakat yang ditunjukkan berpotensi untuk dikembangkan lagi di peringkat lebih tinggi.

Sebelum ini juga, Amer telah menjadi juara dan menewaskan 18 pelumba lain pada pusingan 1 perlumbaan Gokart Rotax Max Challenge Thailand 2023.

 

4

 

Selain gokart, Amer telah berjaya mencatatkan masa terpantas di Litar Antarabangsa Sepang dengan beberapa jentera seperti BMW E92 M3,Toyota GR Yaris, Audi RS3, Nissan GTR R35 dan Toyota GR Supra.

Dengan laluan dan panduan yang tepat, Amer Harris berpotensi untuk menjadi pelapis pelumba negara yang berjaya bukan sahaja di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa.