Ambulans Volvo XC90 - ambulans paling selamat di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada berfungsi sebagai kereta peronda di sesetengah negara (termasuk Malaysia), jarang untuk kita lihat kenderaan Volvo dijadikan sebagai sebahagian daripada pasukan penyelamat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terima kasih kepada laman web automotif The Drive, kini anda semua para pembaca Careta dapat melihat sebuah contoh yang sangat rare di mana sebuah Volvo XC90 telah diubahsuai menjadi sebuah ambulans!
 


Nilsson Special Vehicle yang berpengkalan di Sweden sebenarnya telah ditubuhkan lama pada tahun 1945 dan mereka telah berpengalaman membina ambulans menggunakan asas daripada kenderaan Volvo. 

Antara kenderaan baharu Volvo yang telah diubahsuai menjadi sebuah ambulans adalah SUV Volvo XC90. 
 


Spesifikasi ambulans ini menggunakan Volvo XC90 T5 AWD (254 hp/350 Nm) dan juga Volvo XC90 D5 AWD (235 hp/480 Nm), di mana sistem AWD telah dipilih bagi memastikan ambulans ini mampu mengharungi apa jua bentuk muka bumi yang terpaksa ditempuh ketika kecemasan. 

Segala penampilan mewah yang ada pada Volvo XC90 ini terpaksa dibuang bagi memberikan laluan kepada peralatan medik seperti ruang stretcher, komputer, peralatan bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan sebagainya. 
 


Memandangkan berat yang semakin bertambah sebanyak 680 kg, Nilsson menala kembali sistem suspensi supaya ia mampu menampung penambahan berat tersebut dan menjadikan jarak kelegaan tanah sedikit tinggi - 225 mm.

Walaupun sarat dengan kelengkapan medik, Nilsson tidak mengganggu sistem keselamatan asal yang didatangkan pada Volvo XC90.

 

 


Tidak keterlaluan untuk kami katakan, Volvo XC90 ini merupakan ambulans paling selamat di dunia.

Berikut merupakan antara contoh ambulans/jentera penyelamat yang menggunakan kenderaan Volvo sebagai asas, bersumberkan dari Wikipedia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…