Ambulans pecah tayar dan terbabas, empat termasuk pesakit cedera

oleh SALINA JALIL|
Empat orang termasuk seorang pesakit cedera apabila ambulans yang dinaiki hilang kawalan selepas salah satu tayar kenderaan itu pecah di Kilometer 87.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Sungai Petani semalam.


Dalam kejadian 12.30 tengah hari, ambulans milik sebuah hospital swasta di sini dalam perjalanan menghantar seorang pesakit wanita berusia 25 tahun yang mengalami sakit kepala dan pening ke hospital berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata ketika kejadian terdapat seorang jururawat pengiring serta waris kepada pesakit

 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar belakang sebelah kanan ambulans yang sedang bergerak dari arah Gurun menghala ke arah Sungai Petani itu pecah.

 

"Impak kerosakan yang dialami menyebabkan ambulans itu gagal dikawal sebelum terbabas di sebelah kiri lebuh raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Adzli berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital swasta berkenaan untuk menerima rawatan lanjut.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…