Amboi Amboi Amboi, Altimet di Waze pula!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Liberty Insurance Malaysia sekarang menawarkan suara Altimet kepada para pengguna applikasi Waze tempatan.

Menggunakan suara artis untuk Waze bukanlah sesuatu yang baharu tetapi untuk Altimet, peluang menggunakan teknik dwi-bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris agar ia boleh difahami oleh ramai.

Altimet ialah salah seorang artis rap tempatan yang mempunyai peminat dari pelbagai kaum dan penggunaan dua bahasa tersebut sangat memudahkan. 

Untuk menggunakan suara Altimet di dalam Waze anda, pergi ke Setting, Voice Directions dan pilih Altimet.

Doakan agar suatu hari nanti suara Fazura atau Neelofa digunakan dan mungkin kaum Adam tak balik-balik ke rumah kerana sengaja sesat sebab nak dengar suara ayu dua gadis itu.

*Berita dipetik dari Amanz.my