Ambil rasuah bantu calon lulus ujian memandu, tiga wanita ditahan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dua pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) Cawangan Kota Tinggi dan seorang kerani Pusat Lesen Memandu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana menerima rasuah.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang juga wanita berusia 23 hingga 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 9 malam Ahad selepas satu operasi yang dijalankan kerjasama sebuah syarikat konsesi untuk aplikasi utama kerajaan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu untuk membantu calon lulus dalam ujian tersebut.

Siasatan yang masih dijalankan dijangka akan ada penahanan lain bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…
Berita Domestik
Buku tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki pada Hari…