Ambil angin guna tingkap suria, kanak-kanak maut terlanggar palang had ketinggian

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh daripada badannya menerusi tingkap suria mendatangkan kecelakaan apabila beliau disahkan meninggal dunia serta merta akibat terlanggar palang yang rendah melintangi sebuah lebuhraya di Xinyu City, Jiangxi. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kejadian tragis tersebut sempat dirakam oleh salah seorang pengguna lebuhraya yang kebetulan sedang memandu di belakang kereta keluarga malang tersebut. 

Video tersebut kemudiannya tersebar meluas di laman sosial menunjukkan aksi bahaya seorang kanak-kanak 'mengambil angin' menerusi tingkap suria ketika sedang menyelusuri laluan lebuhraya yang kurang sibuk. 

Pada mulanya, rakaman tersebut dibuat secara sengaja dengan kedengaran kata-kata gurauan yang menyebut kanak-kanak tersebut akan mati sekiranya terlanggar palang had ketinggian tersebut. 
 

 


Namun, kata-kata gurauan tersebut bertukar ngeri apabila ia benar-benar terjadi dan beberapa ketika selepas itu, pemandu kereta tersebut dikesan sedang membuat panggilan kecemasan. 

Disember lalu, video seorang kanak-kanak melakukan aksi yang serupa di Bartley Road East, Singapura telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen yang mempersoalkan kewajaran perbuatan tersebut dari segi keselamatan.