Ambil alih lebuhraya - tidak ada faedah untuk golongan B40

oleh HEZERI SAMSURI|
Hasrat kerajaan untuk mengambil alih beberapa lebuhraya di dalam negara untuk menghapuskan tol tidak akan memberikan faedah yang besar kepada pengguna yang berada di dalam kelompok pendapatan B40.

Pendapat itu disuarakan oleh penasihat ekonomi Perdana Menteri, Dr. Muhammed Abdul Khalid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Muhammed berkata satu pertiga mereka yang berada di dalam golongan B40 adalah bukan pemilik kenderaan dan mereka tidak akan menerima faedah dari cadangan kerajaan pusat untuk menghapuskan tol.

"Mereka juga tidak menerima apa-apa faedah dari subsidi bahan api," tambahnya lagi.

Muhammed berkata perbincangan sekarang mengenai pembelian lebuhraya bertol di kawasan urban juga tidak ada gunanya kepada satu pertiga dari golongan B40 kerana mereka tdak ada kenderaan.

"Jika saya ada RM6 billion, saya akan laburkan untuk pengangkutan awam," kata Muhammed lagi.

"Dan jika ia digunakan untuk pengangkutan awam, ia sepatutnya untuk kawasan pendalaman, bukannya kawasan urban."

"Jika saya beli lebuhraya bertol di Kuala Lumpur, rakyat di Gua Musang atau di Sabah dan di Sarawak tidak akan menerima apa-apa faedah pun," terang pakar itu di majlis Malaysia Sustainable Development Goals Summit 2019 di Kuala Lumpur tempoh hari.

"Ia tidak ada kaitan dengan mempunyai dana yang mencukupi, tetapi adakah kita berbelanja dengan cara yang betul. Ini adalah sesuatu yang saya harap kerajaan mampu selesaikan," tambah Muhammed.

Muhammed kemudian berpendapat sistem cukai perlu diubah agar ia membantu golongan miskin dan menghalang mereka yang tidak membayar cukai.

Fokus cukai yang mesra kepada rakyat yang miskin bukan sahaja membantu sektor pengangkutan atau mobiliti, tetapi akan memberikan faedah kepada ekonomi negara.

* Laporan asal dari Malaysian Reserve

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…