Amarok Icelandic dari Arctic Trucks

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Arctic Trucks ialah antara syarikat modifikasi 4X4 yang terkenal di seluruh dunia kerana projek-projek 4X4 sensasi mereka.

Hasil kerja mereka yang paling popular ialah Toyota Hilux khusus untuk ekspedisi TopGear ke Khutub Utara.

Ini diikuti oleh projek-projek khas seperti isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 dan Nissan Navara.

 

 

Baru-baru ini syarikat itu menghasilkan projek pertama mereka untuk trak pikap Volkswagen Amarok.

Amarok itu diberikan sentuhan Arctic Trucks khusus untuk tugasnya sebagai kenderaan sokongan semasa pemanduan di musim sejuk Arctic.

Sistem gantungan ditingikan sebanyak 25 mm (seinci) depan dan belakang sementara fender belakang dipotong untuk memuatkan tayar All-Terrain gergasi pada roda aloi 17-inci.

Mudflap yang besar dipasang untuk memastikan tidak ada batu terbang ke kenderaan di belakang.

 

 

Di dalam kabin, satu unit pemadam api bersama sebuah generator mudah-alih dipasang untuk kegunaan pasukan penyelamat itu.

Untuk kecemasan, kit perubatan First Aid dengan unit defibrillator turut disediakan.

Tak cukup dengan itu, Amarok ini juga dipasang dengan radio VHF, kotak peralatan, jek dan sebuah mesin pembuat minuman capucino.

 

 

Di bahagian hadapan, sebuah enjin diesel 3.0L V6 menjanjikan 221 hp dan kebolehan mengangkat beban muatan seberat 1,154 kg.

Pilihan kit untuk Amarok dan pelbagai trak pikap lain dijual di pusat-pusat pemasangan Arctic Trucks di seluruh negara Britain.

Walaupun Volkswagen Amarok ini ialah sebuah trak pikap yang sudah lama, ia nampak gagah dengan hasil tangan Arctic Trucks! 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara ciri yang terdapat pada Ford Ranger 2022 ini adalah seperti unit lampu LED yang telah direka…
Berita Global
Berbanding dengan gambar teaser pertama, beberapa perubahan dikesan seperti seksyen tengah bampar…
Berita Global
Terbaharu, Ford kini mengumumkan pelaburan bernilai $1.05 billion bagi memodenkan fasiliti…