Alza 2022 - catat lebih 30,000 tempahan, tertinggi dalam sejarah!

oleh Mohamad Hanif|
Begitu besarnya penangan pelancaran Perodua Alza 2022 apabila MPV generasi baharu itu mencatatkan tempahan melebih 30,000 unit sejak tempahan dibuka pada 23 Jun 2022 - satu angka tertinggi dalam sejarah Perodua.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "pencapaian ini disebabkan oleh beberapa faktor, seperti pelanggan yang ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang tamat pada 30 Jun 2022.

Selain itu, Alza turut menawarkan pakej keseluruhan yang lebih berdaya tarik, serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti enam beg udara, Bantuan Keselamatan Termaju, tawarkan digital yang dipertingkatkan, ruang yang lebih luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.
 

Alza


Tambahnya, daripada lebih 200,000 unit tempahan yang diterima buat masa ini, hampir 15 peratus daripadnya disumbangkan oleh Perodua Alza serba baharu.

Menurut Dato' Zainal lagi, hampir 4,000 orang pelanggan telah menukar tempahan Perodua Alza terdahulu kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.

"Kami memberi jaminan kepada pelanggan kami yang telah menempah Perodua Alza baharu pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023.

Perodua Alza baharu dijual bermula dari RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H, dan RM75,000 untuk varian AV.

Baca: Perodua Alza 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini diterangkan secara ringkas oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, inisiatif MIDA ini memberikan…
Berita Domestik
  "Dengan penurunan kekurangan cip semikonduktor dan rantaian bekalan yang semakin pulih, kami…