Alternatif kepada GLB-Class, Mercedes-Benz EQB bakal dilancarkan di Auto Shanghai 18 April ini

oleh Mohamad Hanif|
Tahun ini sahaja, dua buah model di bawah subjenama elektrik EQ sudah pun dilancarkan secara rasmi oleh Mercedes-Benz, iaitu crossover EQA dan sedan EQS.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ia nampaknya bakal disusuli oleh sebuah lagi crossover yang bakal menjadi alternatif kepada model crossover tujuh tempat duduk GLB-Class, iaitu Mercedes-Benz EQB yang akan diperlihatkan secara rasmi di Auto Shanghai 2021, 18 April ini.

Sebagai 'kembar' kepada GLB-Class, EQB dijangka bakal membawakan rekaan kotak yang serupa, namun dengan ciri yang lebih ke arah sebuah EV seperti rekaan gril tertutup untuk manfaat aerodinamik, lampu LED signatur, rim yang lebih eksklusif dan kemasan warna yang berbeza.

Selain daripada itu, EQB juga dijangka menampilkan ciri bantuan pemandu yang termaju, lengkap dengan bantuan pemanduan semi-autonomi yang berguna pada sesetengah senario pemanduan.

 


Dibangunkan atas pelantar Modular Electric Architecture (MEA) EVA II, Mercedes-Benz EQB bakal menawarkan ruang sehingga tujuh orang pada satu-satu masa, atau ruang kargo sebesar 1,700 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata.

Terdapat beberapa opsyen pek bateri yang ditawarkan, bermula dari 60 kWh hingga 110 kWh, jarak operasi sekurang-kurangnya 400 km untuk sekali cas penuh pada model asas, dan tiga opsyen trenkuasa iaitu 201 hp, 268 hp dan 335 hp.

Mercedes-Benz turut mengesahkan EQB akan dilancarkan secara rasmi di China sejurus selepas pengenalan rasmi, dan ia akan mula mendarat di Eropah menjelang akhir tahun ini.


Baca: Mercedes-Benz EQA

Baca: Mercedes-Benz EQS

Baca: Mercedes-Benz EQV

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pelancaran model SUV coupe GLC 300 4MATIC Coupe ini merupakan pelengkap kepada penawaran SUV GLC…
Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…
Pelancaran
Tersedia dalam satu varian tunggal, EQS 580 4MATIC SUV ini dibekalkan dengan dua motor elektrik…