Altel uji shuttle swapandu di Langkawi

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sesetengah tempat di Malaysia masih belum mampu menawarkan rangkaian 4G LTE, Langkawi telah dipilih oleh syarikat telekomunikasi tempatan untuk menguji keupayaan rangkaian generasi kelima 5G.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Altel, salah sebuah daripada syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi di Malaysia turut terlibat didalam Projek Demonstrasi 5G di pulau tersebut. 

Mereka bekerjasama dengan MooVita - sebuah syarikat pembina perisian pemanduan jarak jauh dan swapandu dari Singapura - untuk menguji shuttle swapandu di Langkawi. 

Shuttle ini mampu beroperasi tanpa pemandu, dan mempunyai kapasiti empat penumpang pada satu-satu masa. 

 


Untuk membolehkan ia berfungsi dengan sendiri tanpa pemandu, terdapat sepuluh unit radar LIDAR dari Pioneer Smart Sensing Innovations bagi mengesan pergerakan dari arah luar dalam lingkungan 360 darjah. 

Altel akan menguji shuttle ini di hotel Pelangi Beach Resort bermula esok untuk mengambil dan menghantar pelanggan hotel berkenaan ke lokasi di dalam resort. 

Sumber: Amanz