Alpine dan Lotus batal kerjasama hasilkan kereta sport elektrik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Alpine dan Lotus dilaporkan telah menamatkan kerjasama dalam pembangunan kereta sukan elektrik baharu, yang sepatutnya menjadi pengganti kepada model Alpine A110.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua syarikat itu sebelum ini telah menandatangani memorandum persefahaman pada Januari 2021, dimana mereka bersetuju untuk menjalankan "kajian kebolehlaksanaan menyeluruh" untuk pembangunan sport EV itu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Alpine berkata, “Lotus dan Alpine telah bekerjasama dalam visi kereta sport EV masa depan selama lebih daripada dua tahun, di mana hubungan kukuh antara kedua-dua syarikat telah berkembang.

“Kami telah memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pembangunan bersama sebuah kereta sukan untuk Alpine. Ini adalah keputusan bersama yang dicapai secara baik, dan kami akan terus membincangkan peluang masa depan yang lain.”

 

2

 

A110 generasi baharu dijangka akan menjadi model ketiga daripada tiga model yang akan tiba dari barisan EV Alpine, berikutan pendedahan A290 berasaskan Renault 5 dan crossover GT X-Over tahun depan.

Di bawah MoU itu, A110 telah dirancang untuk berkongsi casis dan teknologi dengan Lotus Type 135, yang merupakan pengganti kepada Lotus Elise.

Dimana antara rancangannya termasuk meletakkan sel bateri secara menegak di belakang pemandu, yang akan membolehkan tempat duduk diletakkan lebih rendah jika kereta itu menggunakan platform EV.

Susun atur itu direka bagi membawa berat ke tengah casis, seperti dalam model kereta sport berenjin tengah.

 

3

 

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pengakhiran kerjasama pembangunan model sport EV itu akan menjejaskan pertimbangan Alpine untuk menggunakan platform Lotus bagi sepasang SUV yang akan dipasarkan pada 2027 dan 2028.

Dua model SUV EV itu akan berada di dalam segmen bersama seteru terusnya iaitu Porsche Macan dan Porsche Cayenne.

Menurut Lotus pula, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang ingin menggunakan semula platform daripada SUV EV Lotus Eletre baharu, yang juga bersedia untuk melahirkan model bersaiz Macan dengan kod nama Type 134.

 

Baca: EV Lotus Type 134

Baca: Alpine A290_ß

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada Mac lalu Alpine memperkenalkan A110 San Remo 73 sempena ulang tahun ke-50 kemenangan…
Berita Global
Secara ringkas, versi produksi sebenar Alpine A290_ß akan dibangun berdasarkan platform Renault 5,…
Berita Global
  Perlumbaan ke awan atau puncak di Colorado merangkumi jarak 19.93 kilometer dan berbekalkan…