Alpine A290, hot hatch elektrik, kuasa sehingga 220 bhp, 300Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Alpine A290 GTS Blue Vision
Alpine A290 GTS Blue Vision
Kereta hatchback hebat banyak dilahirkan pada era 80-an. Pengeluar dari Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing menawarkannya.

Kehebatan hatchback 80-an atau dipanggil hot hatch untuk model berprestasi masih disebut sehingga kini dan dibawa ke model-model baharu.

Contoh terbaru boleh dilihat pada hatchback elektrik Alpine A290 dan kembar Renault 5 E-Tech yang diperkenal secara rasmi pada Februari.

A290 juga menjadi pintu atau laluan masuk kepada barisan kenderaan Alpine selain perasmi Dream Garage Alpine yang bakal disusuli crossover dan A110 baharu.
Alpine A290 GTS Blue Vision 2025

 

Berkongsi pelantar Renault 5, terdapat perbezaan di antara dua model tersebut dengan ukuran trek dilebarkan kepada 60 milimeter (mm).

Lahir sebagai hatchback kompak, A290 berukuran panjang 3,990 mm, lebar 1,820 mm, tinggi 1,520 mm dan jarak roda 2,530 mm. Ruang but mempunyai kapasiti 326 liter.

Faktor aerodinamik diberi perhatian dari peringkat awal dan ciri penting bagi memaksimumkan jarak pemanduan kenderaan elektrik (EV).

Sebagai contoh saluran udara pada bambar, skirt sisi lebar, peresap, ram (vane) dan bentuk lampu belakang. 

 

Alpine A290 GTS Blue Vision 2025

 

A290 tidak dipasang spoiler besar yang akan menggangu aliran belakang (sesetengah kereta perlu) dan diganti dengan spoiler 'ekor itik'.

Rekaan dan kit badan bukan sahaja untuk aerodinamik tetapi juga menyerlahkan watak garang kereta ini.

Angkup brek Brembo empat omboh dengan logo Alpine sama seperti A110 dan dalam warna Racing Red atau Alpine Blue.

Rim standard 19 inci dibawakan dalam dua rekaan khusus. Rim Iconique diinspirasi rim Alpine A310 dan rim Snowflake mengingatkan kepada asal-usul nama Alpine.

 

Alpine A290 GTS Blue Vision 2025

 

Bateri dan pengecasan

  • Bateri 52 kWj 
  • Jarak pemanduan sehingga 380 km (WLTP)
  • Pengecasan pantas DC 100 kW, 15 - 80% dalam masa 30 minit
  • Pengecasan AC, pengecas terbina dalam 11kW, 50 - 80% dalam masa 1 jam 20 minit, 10 - 80% dalam masa 3 jam 20 minit
  • Fungsi V2L untuk perkakasan elektrik

Varian

  • 4 varian, GT dan GTS
  • GT - 180 hp, rim Iconique 19 inci, tayar Michelin Pilot Sport EV
  • GT Premium, bumbung hitam, angkup brek biru, sistem audio Devialet dengan Alpine Drive Sound
  • GT Performance, paling berkuasa, 220 bhp, tayar Michelin Pilot Sport 5, angkup brek merah, Alpine Telemetrics
  • GTS - Varian teratas dengan perkakasan khusus seperti rim Snowflake hitam
  • Pecutan 0 - 100 km/j dalam masa 6.4 saat
  • Berat 1,479 kg
  • Empat warna, Deep Black, Nival White, Matte Tornado Grey dan Alpine Vision Blue (baharu)
  • Edisi terhad Première Edition, 1,955 buah (Première Édition, Beta, La Bleue, La Grise)
Alpine A290 GTS Blue Vision 2025

 

Pemanduan

  • Alpine Torque Technology untuk pengurusan daya kilas 300Nm!
  • Tindak balas pendikit ditentukur supaya menjadi kereta sport yang senang dikawal di sebalik kuasa dan daya kilas tinggi
  • Pecutan secara progresif dengan rujukan pada A110
  • Butang merah OV (Overtake) pada stereng untuk lonjakan kuasa sehingga 10 saat 
  • Kuasa regenerasi (RCH) boleh dilaras dari stereng dengan empat tahap
  • Fungsi Kawalan Mula Pandu (Launch control)
  • Empat mod pemanduan - Save, Normal, Sport dan Personal
  • Sistem Kawalan Penstabilan Elektronik boleh dinyahaktif

Pengendalian

  • Subkerangka buatan khas untuk menambahbaik kedudukan 'enjin'
  • Ampaian buatan khas dengan penahan hentakan (bump stop) untuk keselesaan dan kegunaan harian
  • Ampaian belakang pelbagai pautan!
Alpine A290 GTS Blue Vision 2025

 

Sistem bunyi

  • Bunyi enjin diganti dengan bunyi buatan Alpine Drive Sound
  • Disalurkan melalui sistem audio Devialet
  • Alternative Sound - Nada sporti yang lembut untuk pemanduan harian
  • Alpine Sound - Lebih sporti

Alpine A290 dipasang di kilang Douai ElictriCity dan motor elektrik turut dikeluarkan di Perancis di Megafactory Cléon. Bateri A290 dikeluarkan di Perancis bermula 2025.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Alpine A290 GTS Blue Vision 2025