Sebagai sebuah kereta peronda, ia juga turut dilengkapi dengan liveri khas pasukan polis, pelekat reflektif, lampu strobe, serta beberapa modifikasi yang lain.
Selain digunakan untuk mengejar pesalah trafik berkelajuan tinggi, dua unit awalan Alpine A110s ini akan turut digunakan untuk tujuan latihan pemanduan para pegawai polis.

Bagaimana dengan prestasi jentera ini?
Secara standard, ia dikuasakan oleh enjin 1.8 liter turbo yang berupaya menghasilkan 249 kuasa kuda dan daya kilas 320 Nm, membolehkannya memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa 4.5 saat dan kelajuan tinggi 250 km/j.

Selain Alpine A110s, pasukan polis Perancis sebelum ini turut menggunakan model asal A110 antara tahun 1966-1973, model A310 antara tahun 1973-1987, serta tidak ketinggalan model Renault Megane RS.