Alpine A110 Pikes Peak mahu serang awan di AS, dibekal enjin 500hp, berat 950kg!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Alpine A110 Pikes Peak 2023
Alpine A110 Pikes Peak 2023
Tahukah anda? kenderaan Renault dan jenama berprestasi di bawahnya iaitu Alpine tidak dijual di Amerika Syarikat.

Ini bermakna pengguna di sana tidak merasa Renault Mégane R.S. Trophy-R yang mengalahkan rekod Honda Civic Type R FK8 di Nürburgring beberapa tahun lalu.

Walaupun tidak dijual secara rasmi, Alpine akan menghantar jentera A110 Pikes Peak ke Amerika Syarikat.

Seperti namanya, jentera itu digunakan untuk berlumba dalam Pikes Peak International Hill Climb yang berlangsung pada 25 Jun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Alpine A110 Pikes Peak 2023

 

Perlumbaan ke awan atau puncak di Colorado merangkumi jarak 19.93 kilometer dan berbekalkan enjin lebih berkuasa dan pakej aerodinamik baharu.

Projek ini melibatkan kerjasama di antara bahagian reka bentuk Apline yang diketuai Raphaël Linari (Pengurus Reka Bentuk) dan Signatech.

Pasukan lumba Signatech dari Perancis diwakili Lionel Chevalier (Pengarah Teknikal) dan François Letort (Pengurus Projek).

 

Alpine A110 Pikes Peak 2023

 

Di antara ciri yang menonjol pada kereta ini ialah pemisah (splitter) depan dan pemesong (deflector) serta spoiler saiz mega di belakang. 

Maklumlah, daya mendap yang tinggi diperlukan bagi mengharungi perlumbaan dengan 156 selekoh! 

Ada lagi yang ekstrem iaitu sirip ikan yu ala Le Mans pada cermin belakang dan membelah angin di antara spoiler berkembar.

 

Alpine A110 Pikes Peak 2023

 

Kit aerodinamik turut merangkumi skirt sisi dan peresap dan liang pada bumbung bagi memaksa udara memasuki enjin yang berkuasa 500 kuasa kuda (hp)!

Alpine tidak menyatakan jenis enjin namun model A110 standard berkongsi unit 1.8 liter turbo Renault Mégane.

Selain lebih berkuasa, berat kereta berjaya diturunkan kepada 950 kilogram.

 

Alpine A110 Pikes Peak 2023

 

Walaupun tampil ekstrem, para pereka Alpine mengekalkan beberapa ciri asal supaya dapat bersaing di dalam kategori Time Attack 1.

Satu lagi ciri menarik ialah rekaan lampu depan dengan nyalaan melintang manakala nyalaan lampu belakang dipindah pada bucu spoiler dan sirip ikan yu secara menegak.

Jentera ini disasarkan untuk mencipta rekod baharu dan bakal dikemudi pemenang FIA R-GT Cup 2022, Raphaël Astier.

 

Alpine A110 Pikes Peak 2023

 

Beliau menang piala itu dengan memandu Alpine A110 Rally dan sudah empat kali berlumba di dalam Pikes Peak.

Kenapa Alpine perlu ke Amerika Syarikat jika tiada model dijual di sana?

Bukan setakat Amerika Syarikat, Alpine juga tidak dijual di banyak lagi negara namun bersaing di dalam Formula 1!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Alpine A110 Pikes Peak 2023