Alpine A110 GT4 tampil membelah litar Goodwood

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena Festival of Speed di Goodwood, Alpine mengambil kesempatan untuk memperlihatkan kepada umum A110 versi serius, iaitu A110 GT4 yang dilengkapi spesifikasi perlumbaan.

Jika sebelum ini A110 versi jalanan menerima banyak pujian daripada para media automotif, maka Alpine hadir dengan versi GT4 bagi bersaing dengan kereta-kereta hebat di dalam kelas tersebut seperti Porsche Cayman, BMW M4, McLaren 570 dan Audi R8.

 


Dengan berat keseluruhan kereta hanyalah 1,080 kg (berat standard kereta jalanan), hampir kesemua peralatan yang tidak diperlukan ketika perlumbaan telah dialih keluar dan digantikan dengan pakej lengkap sangkar keselamatan. 

 


Nadi enjin 1.8 liter A110 telah menerima khidmat pencetus kuasa turbo serba baharu yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 350 bhp sebelum disalurkan ke roda menerusi transmisi sequential Sadev dengan enam nisbah kelajuan. 

 


Tiada sebarang info berkenaan harga pembelian A110 GT4 ini dikeluarkan oleh pihak Alpine, akan tetapi terdapat satu pilihan naik taraf diberikan kepada para pembeli sekiranya mereka membeli Alpine A110 Cup untuk melengkapkan kereta mereka dengan spesifikasi GT4. 

Tags

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, rakan sepakatan kepada Nissan, Renault turut sama terkesan dengan impak yang ditimbulkan…