Alpine A110 2022 facelift - peningkatan kuasa kepada 300 hp, 340 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Alpine merupakan antara pengeluar yang sudah berikrar untuk menawarkan hanya model berkuasa elektrik sahaja pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebelum mereka melupuskan terus penawaran model berenjin pembakaran dalaman, Alpine kini memperkenalkan versi facelift untuk model kereta sports A110.

Alpine A110 facelift ditawarkan dalam beberapa varian, di mana versi paling tertinggi A110 S menampilkan enjin 1.8 liter turbo yang diperoleh daripada Renault Megane RS, namun dengan peningkatan kuasa kepada 300 hp dan 340 Nm.

Ia mampu memecut sepantas 4.2 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 275 km/j.
 

A110


Versi A110 S ini turut mendapat talaan semula kepada sistem casis dan gantungan, di mana ia menawarkan pengendalian yang lebih jitu, sebelum diakhiri dengan sistem ekzos yang lebih sporti.

Sistem pemberhentian pula mendapat khidmat daripada Brembo, dengan rotor brek bersaiz 320 mm untuk keempat-empat roda.

Rim pula adalah bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4 bersaiz 215/40 R18 di depan dan 245/40 R18 di belakang.
 

GT


Sementara varian A110 GT pula mendapat naiktaraf enjin dan prestasi yang sama seperti model S, namun kelengkapannya lebih ke arah sebuah grand tourer, seperti tempat duduk Comfort balutan kulit, diikuti bantuan parkir depan dan belakang dengan bantuan kamera.

Jika varian S lebih menawarkan pemanduan yang lebih sporti, varian GT pula mendapat pemanduan yang lebih selesa dengan berat sekitar 1,119 - 1,140 kg, sedikit berat berbanding model S.

Sementara versi asas pula didatangkan dengan talaan yang lebih rendah, 252 hp dan 320 Nm, serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat sahaja, diikuti dengan kelengkapan seperti rim 17 inci.
 

A110


Namun, kesemua varian Alpine A110 2022 didatangkan dengan sistem infotainmen tujuh inci yang ditambahbaik dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, sokongan slot USB, sambungan Bluetooth serta Wi-Fi yang membolehkan kemaskini over-the-air dijalankan kelak.

Di Perancis, harga jualan A110 2022 facelift ini bermula dari €59,500 (RM281,441) untuk versi asas, diikuti dengan A110 GT pada harga €69,500 (RM328,741) dan A110 S pada harga €71,500 (RM338,202).

Sebagai perbandingan, Porsche Cayman aras mula dijual pada harga €59,692 (RM282,349).