Alpina pertimbang hasilkan super SUV - BMW X7 dengan 600 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|

Ketika ini, Alpina - penala kenderaan BMW - sudah pun menghasilkan salah sebuah sedan terpantas di dunia - B7 yang menggunakan asas daripada BMW 7-Series. 

Sedan ini mampu mencapai kelajuan 322 km/j dengan bantuan enjin 4.4 liter V8 turbo berkembar menghasilkan 600 kuasa kuda dan 800 Nm yang memacu kesemua roda. 
 


Namun, melihatkan kepada populariti SUV berprestasi tinggi, tidak mustahil Alpina akan menggunakan kesempatan itu untuk menghasilkan sebuah model bagi memberikan saingan rapat kepada segmen tersebut. 

Dalam satu temubual yang dibuat oleh laman automotif Motor1 dengan Alpina, CEO-nya Andreas Bovensiepen tidak menolak kemungkinan akan menghasilkan sebuah BMW X7 dengan 600 kuasa kuda itu. 
 


"Walaupun ia masih terlalu awal untuk diperkatakan, saya merasakan SUV (X7) sangat sesuai untuk dipasarkan di Amerika Syarikat," ujarnya. 

Sudah tentu harganya juga tidak akan menjadi mampu milik. 

Lihat sahaja Alpina B7 dengan warna biru ikonik Alpina, ia akan mula dijual pada suku ketiga tahun ini dengan harga dari $141,700 (RM578,834).

 


Adakah SUV dari Alpina ini akan berjaya memecahkan dominasi yang dipegang oleh SUV-SUV pantas seperti Lamborghini Urus, serta Bentley Bentayga? 

Sumber: Motor1

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia tidak pernah menghalang salah sebuah penala BMW, Alpina untuk memperkenalkan sebuah…