Alpina kini sebahagian daripada BMW, operasi sehingga 2025

oleh Mohamad Hanif|
BMW dilaporkan akan mengambil alih syarikat penala yang sinonim dengan jenama itu, Alpina dengan jumlah transaksi yang tidak didedahkan buat masa ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Alpina dikatakan akan terus menghasilkan model-model menggunakan asas daripada produk BMW sehingga akhir tahun 2025.

Nasib Alpina tidak dinyatakan selepas tamat tempoh tersebut, namun syarikat penala itu mengesahkan mereka tidak lagi akan memasang kenderaan mewah di fasiliti Buchloe.

Namun begitu, perkhidmatan seperti servis, alat ganti dan perniagaan aksesori Alpina masih lagi berjalan di fasiliti tersebut.

Sementara para pekerja Alpina yang terjejas pula akan ditawarkan peluang masuk ke dalam BMW itu sendiri, atau syarikat pembekal atau rakan pembangunan.
 

Alpina


Alpina mula beroperasi dengan menghasilkan barangan prestasi untuk model BMW pada tahun 1965 sebelum membuat keputusan untuk menawarkan sendiri produk kenderaan mewah yang telah siap ditala kepada pelanggan.

Menurut BMW, regulasi emisi dan keselamatan yang semakin ketat menyebabkan kesukaran kepada syarikat kecil seperti Alpina untuk terus beroperasi.

Jadi, dengan penggabungan ini mampu membolehkan jenama itu kekal berada di pasaran.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala itu baru-baru ini telah mengemaskini penawaran B5 dengan melancarkan Alpina B5 GT…
Berita Global
Namun, jenama Alpina yang baharu sahaja dimiliki oleh pengeluar tersebut kini tampil dengan…
Berita Global
Ini kerana menurut ketua eksekutif Alpina Andreas Bovensiepen ketika ditemubual Bimmer Today…