Alpina B7 2020 kini sedan terpantas di dunia - 330 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cadillac CTS-V
Jaguar XE SV
Bentley Continental Flying Spur
Aston Martin Rapide S
Dodge Charger SRT Hellcat

Nama-nama di atas merupakan antara kumpulan sedan yang paling pantas di dunia dengan keupayaan untuk mencapai kelajuan 200 batu per jam (322 kmsj). 

Angka yang kedengarannya sangat menakutkan bukan? 
 


Namun, kini sebuah lagi anggota bakal memecahkan rekod tersebut dengan Alpina B7, dan angka kelajuan terpantas yang dicatatkan ialah 205 batu per jam (330 kmsj)!

Alpina B7 2020 ini merupakan versi kemaskini kepada model sedia ada yang dibangunkan berdasarkan BMW 7-Series. 

Menyumbang kepada kelajuan terpantas tersebut ialah komponen baharu turbo dan perisian yang dilengkapkan kepada enjin 4.4 liter V8 twin-turbo, sekaligus mampu menghamburkan 600 kuasa kuda dan daya kilas 800 Nm. 
 


Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

Apabila diterjemahkan kepada aplikasi dunia nyata, kuasa tersebut mampu memberikan pecutan sepantas 3.5 saat dari pegun sebelum mencapai kelajuan 100 kmsj. 

Sistem suspensi udara dengan mod Sport+ boleh menetapkan ketinggian kereta dikurangkan sebanyak 15 mm untuk mengurangkan pekali seretan yang bertindak ketika proses pecutan dijalankan.
 


Sedan Alpina B7 2020 ini akan mula dijual bermula suku ketiga tahun ini dengan harga bermula dari $141,700 (RM578,834) dan ditawarkan dalam warna biru ikonik Alpina. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini, Alpina - penala kenderaan BMW - sudah pun menghasilkan salah sebuah sedan terpantas di…