Alphard/Vellfire super mewah dapat nama baru - Lexus LM350 & LM350h

oleh Mohamad Hanif|

Walaupun para pengeluar automotif sedunia kini sibuk menumpukan perhatian kepada penghasilan SUV - termasuklah jenama super mewah seperti Bentley - Lexus percaya MPV masih lagi kekal penting sebagai salah satu keperluan. 

Kami pernah menyiarkan kenyataan daripada Presiden Lexus Filipina bahawa jenama mewah yang bernaung di bawah Toyota itu kini sedang menunggu masa untuk melancarkan model Alphard/Vellfire versi mewah. 

Kenyataan ini sebenarnya turut disokong dengan tindakan Lexus mendaftarkan tanda dagangan LM350 dan LM350h berdasarkan laporan daripada media China sebelum ini. 
 


Jika dilihat kepada format penamaan Lexus sebelum ini (LS bermaksa Luxury Sedan, UX bermakna Urban Crossover), amat mudah untuk meneka LM sebenarnya kemungkinan besar adalah Luxury MPV - merujuk kepada Alphard/Vellfire versi super mewah. 

Kehadiran huruf h di belakang turut membayangkan MPV mercu perdana ini bakal didatangkan dengan varian hibrid. 

Shanghai Auto Show bakal berlangsung tidak lama lagi, nantikan sahaja kejutan yang bakal dibawakan oleh Lexus pada acara tersebut bulan hadapan. 

Berita Berkenaan

Informasi
Pada tahun 1983, Pengerusi Kumpulan Toyota iaitu Eiji Toyoda telah melancarkan projek khas untuk…
Berita Global
Menggunakan asas daripada Lexus LX600 tahun 2022, jentera itu diberikan nafas baharu dengan…
Berita Global
Dengan jualan 6,681 unit Toyota dan 86 unit Lexus, UMWT yakin mampu mencapai sasaran pertengahan…